Varieti Pokok Cili Di Malaysia

Varieti Pokok Cili

i. MARDI MC11:
Pedas, menyerupai Kulai dari segi bentuk, berhasil tinggi (17-24 mt/ha), tinggi pokok 80–110 cm, panjang buah 8–10 cm, 7–10g/biji, cili ini mengeluarkan hasil 10 minggu selepas ditanam dan pemetikan hasil sebanyak 30 kali semusim dan ia berbuah secara berterusan.
Ia mempunyai kandungan pepejal sebanyak 20% yang sesuai untuk kegunaan pemprosesan, menunjukkan toleran terhadap penyakit anthraknos (7% jangkitan) dan penyakit hawar
pucuk Choenophora. Kulit MC11 berkilat dan dapat mengekalkan warna walaupun selepas diproses. Dengan mempunyai ciri-ciri varieti yang baik, MC11 berpotensi untuk pasaran segar dan
pemprosesan.

ii. MARDI MC12:
Sederhana pedas, mempunyai cirri masak serentak dan matang awal. Tinggi pokok 60–80 cm, panjang buah 10–13 cm, 12 – 14 g/biji, oleh kerana daunnya tebal, MC12 kurang digemari oleh beberapa serangga perosak. Hasil tinggi 15-25 mt/ha. Ia mengeluarkan hasil 7 minggu selepas ditanam dan sangat produktif cepat matang tahan penyakit dan penuaian selang 5 hingga 6 hari sekali.

iii. Cili padi
Selain dari dua variety di atas, kini MARDI juga telah membangunkan beberapa cili padi yang mempunyai hasil tinggi menandingi varieti cili tempatan.

Jenis-jenis cili tempatan yang lain termasuklah yang CILIBANGGI yang telah dibangunkan oleh UKM seperti berikut:

i. CILIBANGI-1:
Untuk kegunaan segar, mempunyai ciri masak serentak, biomas optima dan kurang masalah rebah. Purata hasil 1.17 kg/pokok.

ii. CILIBANGI-2:
Jenis untuk cili kering, berpotensi untuk ditanam oleh pekebun kecil. Purata hasil 1.02 kg/pokok.

iii. CILIBANGI-3:
Stabil, sangat pedas, sesuai untuk kegunaan segar dan berhasil tinggi.

iv. CILIBANGI–4:
Buah masak kering di pokok, oleh itu sesuai untuk cili kering. Saiz pokok kecil dan rendah, dan boleh ditanam dengan kepadatan 44,000 pokok/ha.

v. CILIBANGI-5:
Hasil buah juga tinggi, kurang pedas dan sesuai untuk makan segar.

vi. CILIBANGI-6:
Saiz buah lebih besar dari CILIBANGGI-5, kering dipokok, dan buahnya pedas.

vii. CILI Kulai :
Jenis tempatan yang berbentuk panjang dan pedas. Varieti Kulai terdapat sebanyak
7 jenis cili kulai yang diusahakan di Malaysia. Penanaman jenis tersebut adalah bergantung kepada di mana sumber benih tersebut diperolehi.

Antara jenis Cili Kulai yang terdapat di pasaran
ialah :
a. CA 905 F1 Cili Kulai 905
b. CA 907 F1 Cili Kulai 905
c. CA 910 Kulai Tempatan
d. CA 914 F1 Cili Kulai Pedas
e. CA 915 F1 Cili Kulai Kering
f. CA 908 Cabai Kulai Kerinting
g. F1 Cili Kulai 568
h. F1 Cili Kulai 223
i. 8338 Kulai King.

Paling baru Hybrid F1 469 ketinggian pokok 35 cm (180 biji sepokok)
Hybrid 833 ketinggian pokok 2- 6 kaki (55 biji berat utk 1 kg buah bagi sepokok)