Tips Penyemaian Biji Benih

Beberapa minggu lepas ada aku postkan tips penyemaian biji benih. Itu pun aku ambil daripada perkongsian org lain dan aku cuba sendiri. Alhamdulillah ianya membantu pembesaran semaian biji benih.

Klik pada imeg untuk pembesaran

1. Sediakan bahan-bahan seperti di atas.
2. Spraykan tisu dengan air untuk berikan kelembapan yang sekata.
3. Isikan biji benih ke dalam sebuah cawan. Tuang air sehingga memenuhi ¾ cawan tersebut. Tambahkan 1 sudu garam.
4. Biarkan biji benih selama 15 minit untuk membunuh kuman.
5. Toskan. Tebarkan tisu yang lembap itu, tabur biji benih ke atas permukaan tisu tersebut. Tutup dan lipat. Simpan dalam plastik lutsinar (beg plastik)
6. Tiup dengan nafas sehingga plastik kembung.
7. Ikat dengan kemas dan jemur di bawah matahari. Plastik sedia untuk di buka selepas 24-36jam.
8. Selepas 36 jam, buka plastik dan keluarkan anak benih, masukkan dalam tray anak semaian.
9. Gulung semula surat khabar dan ulangi langkah 5 ke langkah 8 untuk biji benih yang belum bercambah.
Klik pada imeg untuk pembesaran