Minggu lepas jiran sebelah rumah aku telah di masuki dengan anak ular. Diaorg pulak semua perempuan. Makcik tu aku panggil 'mummy' ajer dan beliau seorang ibu tunggal tinggal bersama dengan anak dan cucunya. Dia keturunan pakistan-malay. Masa ular tu memasuki rumahnya, aku tiada di rumah, terpaksa lah dia panggil brother cina kat depan rumahnya tu untuk tangkap ular tu keluar dan buang jauh daripada rumah. Itu lah bahayanya kalau kawasan rumah kita semak dengan barang-barang simpanan dan juga semak lalang yang tumbuh.
Memandangkan lalang tiada di belakang rumah aku, cuma barang-barang berkebun ajer yang ada, jadi aku amik inisiatif untuk buat para-para tempat simpan barang-barang berkebun dan ini lah hasilnya dengan kos sebanyak RM13 sahaja (Plywood RM 7 + Angle Support RM6). Boleh lah kalau nak di bandingkan dengan yang di beli maybe yang di beli lagi cantik kot hehe..tapi memadailah dengan apa yang aku perlu setakat ini..jimat dan lebih ekonomi ;)
House Keeping
Comments for this post
All comments