Sebentar tadi sedang aku membelek-belek gambar dalam pc nih..terlihat kangkung hydroponik aku yang hampir matang untuk di tuai. Mungkin minggu depan boleh lah aku tuai dan biarkan ianya tumbuh lagi sementara akarnya masih boleh menyerap larutan baja hydroponik dalam takungan itu. Untuk pengetahuan pembaca, jika menanam kangkung di dalam bekas hydroponik, jangan di cabut akarnya semasa menuainya kerana tunas baru akan tumbuh untuk memulakan kitaran kali kedua dan seterusnya. Jadi tak perlu lah nak tunggu benih bercambah lagi. Oppss..terlupa pulak aku. Sebenarnya aku nak berkongsi resepi dengan pembaca di sini iaitu memasak kangkung belacan. Jom tengok!
Di kala Mengingati Kangkung Hydroponik
Comments for this post
All comments