Hari ini 20.04.2009 merupakan hari yang ke 33 selepas transplant kedalam polibag. Alhamdulillah kesemua pokok cili padi masih berada dalam keadaan sihat. Petang ini aku tidak menyangka sama sekali yang pokok cili padi yang masih baru untuk mengeluarkan dahan-dahan barunya sudah mengeluarkan putik-putik bunga. Ini baru minggu yang ke-4, anggapan aku sangat cepat. Kemungkinan tumbesaran pokok cili padi tidak seiring dengan pokok cili (cabai) biasa. Namun begitu ini menjadi satu pembelajaran bagi aku yang masih baru dalam penanaman pokok cili ini.
Sementara pokok timun aku lagi beberapa hari lagi akan memulakan hari tuaiannya yang pertama. Seterusnya berkemungkinan selang 2-3 hari selepas itu pokok timun akan mengeluarkan hasil tuaiannya sehingga tempoh sebulan berbuah dan pokok akan mati.
Cili Padi Belajar Berbunga, Timun Dah Matang..
Comments for this post
All comments