Hari ini 22.04.2009 merupakan hari yang ke-23 percubaan kali kedua penanaman hydroponik. Pokok kangkung sudah boleh tuai. Tapi memandangkan hanya 4 biji benih yang aku semaikan, jadi kangkung yg tumbuh tak lah banyak...
Aku telah memotong batang kangkung di bahagian pangkalnya dan meninggalkan batang yang paling pangkal bersama-sama dengan akarnya yang terendam di dalam air. Kelihatan tunas daun baru keluar daripada batang kangkung dan boleh lah aku harvest untuk kali kedua lepas ini. Walau bagaimanapun, aku telah menyemai beberapa biji benih kangkung lagi didalam bekas hydroponik memandangkan jangka tempoh tuaian kangkung lebih cepat daripada sayur yang lain. Hasil percubaan yang pertama ini tidak lah banyak tapi cukup la untuk sekali makan kot. Walaubagaimanapun resepi kangkung belacan tetap menjadi masakan kegemaran aku.
Kangkung Hydroponik - 1st Harvest
Comments for this post
All comments