Hari ini 3.4.2008 merupakan hari yang ke 3 penanaman hydroponik aku yang kali ke-2 percubaan dengan set DIY Kazz. Benih kangkung dan juga bunga kobis telah bercambah sementara baby sawi dan juga salad masih belum mengeluarkan cambahannya..petang tadi aku telah melarutkan dengan larutan baja hydroponik kedalam bekas tersebut memandangkan kangkung telah mengeluarkan akar yang panjang kedalam air. Insyaallah bila kesemua benihnya mula mengeluarkan cambahannya akan aku snapkan gambarnya kedalam blog ini..
Insyallah selepas harvest pertama penanaman hydroponik ini, aku nak buat sendiri system Aeroponik Hydroponik sendiri dengan menggunakan apa yang aku belajar dan research di internet. Jadi tunggukan kemunculannya!
Hydroponik 2nd Testing
Comments for this post
All comments