Showing posts with label salad. Show all posts
Showing posts with label salad. Show all posts

Cili Kulai, Salad dan Hydroponik

Hari ini 5.5.2008. Pagi tadi aku keluar kejap pergi cari cat untuk cat pintu tempat sampah kat rumah aku yang telah berkarat dan berlubang dek kena karat yang teruk. Selepas di gosok dengan kertas pasir aku akan cat semula dengan cat lain untuk baikinya dan supaya kelihatan lebih menarik. Selepas cari barang tu aku pergi survey-survey lah barang-barang untuk aku buat system hydroponik nanti..tak lah mahal sangat kalau paip PVP putih tu kalau satu batang 13 meter baru RM 30 ajer. Cuma nak beli set penebuk tu yang mahal sikit dalam RM 40 lebih. Aku anggarkan untuk complete set system hydroponik yang seperti di dalam link ini [Hydroponic].

Selepas selesai survey harga bagi barang di perlukan, aku pergi ke tempat nurseri cari benih cili kulai dengan benih salad. Memandangkan benih yang aku beli sebelum ini tidak tumbuh, aku menjangkakan benih yang sebelum ini tidak berapa baik. Harap-harap dengan benih dari taiwan ini lebih bermutu dan kualiti produknya.


Insyaallah petang ini aku akan semai benih cili tersebut dan benih salad tersebut untuk penanaman hydroponik aku.

Read More......

Hydroponik lagi..









Ini adalah perkembangan pertumbuhan sayur hidroponik yang aku tanam kat rumah menggunakan set Kazz Hydroponik Domestik. Baru dalam tempoh percubaan lagi.. Dalam manualnya ada bagitahu tidak di sarankan menanam lebih daripada 1 jenis sayur dalam satu takung, sebab cycle hidup tanaman sayuran berbeza antara satu sama lain..tetapi aku ingin mencuba sendiri dan melihat pertumbuhan sayuran yang aku cuba dengan penanaman hydroponik ini..

Ada 4 jenis tanaman sayur yang aku sedang cuba iaitu kangkung, baby sawi, salad dan juga bunga kobis. Ini adalah pertumbuhan hari kelima sayur-sayuran tersebut..

Read More......