Percubaan Tanaman Hydroponik Gagal

Hari ini merupakan hari yang ke 20 penanaman pokok sayur di dalam bekas hydroponik Kazz yang di beli 3 minggu yang lepas daripada salah seorang wakil jualannya di daerah Johor Bahru. Memandangkan pengalaman ini masih baru buat aku jadi banyak info aku bertanyakan pada wakil penjual tersebut. Tumbesaran pokok sayur yang di tanam di dalam bekas hydroponik amat tidak memberangsangkan dan semacam terbantut. Kelihatan kulat-kulat telah mula tumbuh di dalam bakul bekas hydroponik. Aku tak sempat nak ambil gambarnya di tambah terlupa untuk di masukkan di dalam blog ini. Namun kesemua anak benih sayur tersebut telah aku keluarkan dan esok akan aku cuba pindahkan ke dalam polibag untuk mengelakkan daripada membazir. Kalau pokok sayur tu tumbuh alhamdulillah, kalau tak pun takper..sebab ini masih dalam proses mencuba.

Walau bagaimanapun, aku telah menelefon wakil jualan hydroponik kazz tersebut dan beliau mengatakan bekas hydroponik tersebut hendaklah di letakkan di tempat pancaran matahari. Mulanya semasa aku membeli bekas hydroponik tersebut, beliaumengatakan ianya OK jika meletakkan di bawah awning rumah memandangkan beliau pun meletakkan 3 bekas hydroponik beliau di bawah awning rumah beliau. Beliau juga telah memberitahu aku yang tanaman hydroponik beliau juga terbantut dek tidak mendedahkan bekas hydroponik itu kepada matahari. Jadi method penanaman hydroponik kami salah! haha..kelakar sunggu..sampai dengan aku pun terkena. Jangkaan aku tidak mengapa jika di letakkan di bawah awning rumah memandangkan awning rumah pun kira hampir dengan sinaran matahari. Kebanyakkan semua pokok bunga kat rumah aku nih pun di bawah awning rumah sebenarnya..tu yg aku ambil tak kisah ajer hehe..apa-apa pun esok aku akan menyemai benih yang baru dan akan meletakkan di bawah matahari..tetapi banyakkan sikit kerja nak kena buat..maklumlah sekarang nih..hujan tak menentu..sekejap tengok panas terik..lagi 10 minit dah hijan lebat..sebaik-baiknya kalau dapat sediakan rumah pelindung hujan (RPH)...