Chillies, cucumbers and tomatoes growing up !

Dua hari aku balik kampung kat Pt. Yaani. Jiran rumah parent wife aku ada kenduri kawin dan di jemput.. so kena tunjukkan muka lah macam biasa. Tapi hari ni hari ahad mak mertua, pak mertua dan yang lain2 pergi ke negeri sembilan (rembau) ada kenduri jugak sepupu wife aku..tapi aku tak pergi sebab jauh takut penat esok kerja kan..jadi kat kampung sunyi jadi aku ambil keputusan untuk balik awal memandangkan pokok-pokok sayur aku dah sehari tak bersiram.

Sebenarnya aku tak berapa risau sangat sebab sekarang nih musim hujan kan belah petang..sampai JB dalam pukul 1.30 petang aku terus pergi pasar beli lauk mentah dan terus ke TESCO beli barang dapur sikit. sempat juga aku angkut 'Black Soil' yang di jual di sana. harganya kalau nak di bandingkan dengan kedai nurseri memang jauh murah hanya RM 1.18 sahaja satu bag. Kalau kat nurseri biasa harganya RM 3.00 satu bag dan RM5.00 kalau beli 2 bag. Aku beli 8 bag tadi kat TESCO.

Sampai di rumag lepas kemas-kemas barang aku periksa semua pokok-pokok kat belakang rumah aku tu..alhamdulillah semua segar dan sedang membesar...kalau sehari tak tengok memang nampak perkembangan tumbesaran dia yer? kalau hari-hari tengok tak berapa perasan sangat hehe...nih dia aku sempat snap dengan Dopod aku..


Kebanyakkan batang timun yang baru sudah mengeluarkan jejarinya. Nampaknya esok aku kena tambah tali rafia untuk menyokong pokok-pokok untuk menjelar..memandangkan aku tengok macam tak cukup ajer sokongan yang aku buat ari tu..

Pokok cili padi di dalam polibag juga telah mengekuarkan daun keempatnya...belum ada tanda-tanda di serang perosak..mintak di jauhkan...perkembangan lagi 6 polibag adalah lebih kurang ajer..kena tunggu seminggu dua lagi untuk mengetahui perkembangan selanjutnya.

Sementara anak benih pokok tomato hybrid tropika aku pula sudah mula mengeluarkan daun-daun keempatnya..maybe sehari dua lagi aku akan mula memindahkan kedalam polibag.