

Jika di lihat kepada saiz pokok cili padi dengan pokok tomato hybrid yang aku tanam, tidak lah ketara sangat tingginya, cuma pokok tomato lebih tinggi dan fizikalnya yang jauh berbeza. Cuma pokok tomato tu di tanam lewat 4 hari daripada hari aku mula menanam pokok tomato. Kedua-dua pokok cili padi atau tomato masih belum kuat untuk berdiri tegak dan memerlukan buluh penyokong bagi mengelakkan ianya rebah apabila di tiup angin kuat dan hujan yang lebat. Memandangkan sekarang ini tiap-tiap hari hujan, maka aku telah menguatkan sokongan pada pokok tomato dan cili tersebut.
Cili Padi vs Tomato Hybrid
Video Laman Agro
Video ini adalah keadaan sebenar mengenai penanaman beberapa jenis sayuran di rumah aku mengikut kaedah convensional. Insyaallah dalam masa yang terdekat ini aku akan mengalihkan pula kepada kaedah berteknologi seperti fertigasi dan juga aquaponic hydroponic. Beberapa video pokok timun, pokok cili padi dan juga pokok tomato telah di rakamkan petang tadi bersama dengan anak kecilku yang comel.
Chillies, cucumbers and tomatoes growing up !
Dua hari aku balik kampung kat Pt. Yaani. Jiran rumah parent wife aku ada kenduri kawin dan di jemput.. so kena tunjukkan muka lah macam biasa. Tapi hari ni hari ahad mak mertua, pak mertua dan yang lain2 pergi ke negeri sembilan (rembau) ada kenduri jugak sepupu wife aku..tapi aku tak pergi sebab jauh takut penat esok kerja kan..jadi kat kampung sunyi jadi aku ambil keputusan untuk balik awal memandangkan pokok-pokok sayur aku dah sehari tak bersiram.
Sebenarnya aku tak berapa risau sangat sebab sekarang nih musim hujan kan belah petang..sampai JB dalam pukul 1.30 petang aku terus pergi pasar beli lauk mentah dan terus ke TESCO beli barang dapur sikit. sempat juga aku angkut 'Black Soil' yang di jual di sana. harganya kalau nak di bandingkan dengan kedai nurseri memang jauh murah hanya RM 1.18 sahaja satu bag. Kalau kat nurseri biasa harganya RM 3.00 satu bag dan RM5.00 kalau beli 2 bag. Aku beli 8 bag tadi kat TESCO.
Sampai di rumag lepas kemas-kemas barang aku periksa semua pokok-pokok kat belakang rumah aku tu..alhamdulillah semua segar dan sedang membesar...kalau sehari tak tengok memang nampak perkembangan tumbesaran dia yer? kalau hari-hari tengok tak berapa perasan sangat hehe...nih dia aku sempat snap dengan Dopod aku..
Kebanyakkan batang timun yang baru sudah mengeluarkan jejarinya. Nampaknya esok aku kena tambah tali rafia untuk menyokong pokok-pokok untuk menjelar..memandangkan aku tengok macam tak cukup ajer sokongan yang aku buat ari tu..
Pokok cili padi di dalam polibag juga telah mengekuarkan daun keempatnya...belum ada tanda-tanda di serang perosak..mintak di jauhkan...perkembangan lagi 6 polibag adalah lebih kurang ajer..kena tunggu seminggu dua lagi untuk mengetahui perkembangan selanjutnya.
Sementara anak benih pokok tomato hybrid tropika aku pula sudah mula mengeluarkan daun-daun keempatnya..maybe sehari dua lagi aku akan mula memindahkan kedalam polibag.
Penanaman Pokok Cili & Tomato

Gambar di atas adalah anak benih cili padi yang di semai kira-kira dua minggu yang lalu. Aku sedang menunggu sehingga anak benih tersebut mula mengeluarkan daun yang ke-3 atau ke-4 nya. Kebetulan pagi tadi hujan yang lebat, dan ada sesuatu telah menimpa keatas pasu semain benih cili padi tersebut. Cubaan.....
Gambar di bawah pula merupakan gambar anak benih tomato F1 hybrid untuk tanaman tropika. Aku belum pernah ada pengalaman menaman tanaman tomato ini. Jadi boleh lah pengalaman ini di jadikan pengalaman percubaan untuk aku dah untuk pembaca semua.