Hi Folks,
I'm very busy with new farm and other external stuffs and unable to update in this blog. For your information, our activity now is planting the Kulai Chilly from variaty F1 Hybrid 568. This variety is most famous among dealers and farmers. Our chilly now is about 1 month age after transplant to the bed. We plant the chilly by using conventional method with fully automated support irrigation system.
Beside that, we plant the short long bean (cross-bred yard bean and cow pea) and also planting the haricot/french bean. About 300 seeds has been soil into the beds in the last 3 weeks ago.
Below are the video captured in Laman Agro farm.
Latest Video of LA
Chilly Flowers
Today is 29.04.09 and day-42 after transplant. The chilly plant about 1 1/2 feet height and grow healthy with new branches coming out. I'm expected another 3-4 weeks for the chillies can be harvested and will last maybe for 3-4 months after that. By the way, this is first experience for me in planting of little chilly.
A beautiful little flowers to be chilly fruits. 

Sedikit Info Mengenai Penanaman Cili

Benih Pokok Yang Hebat
1. Hybrid 233
2. Hybrid F1 469
3. hybrid 833
Media Semaian
a. Peat Moss
Media Tanaman
1. Sabut kelapa proses
2. Cocopeat (entah apa tu)
3. Sekam wap
Jenis Baja
Apa itu NPK?
N >> Untuk pertumbuhan daun
P >> Untuk pertumbuhan akar & buah
K >> Untuk buah dan penyakit
1. NPK 15:15:15 (pokok berumur 16 hari hingga mula berbunga)
2. NPK 12.12.17+MgO2+TE (Selepas berbunga)
Racun
1. Racun Avemec/mafa malathion-guna selepas pokok dipindah dlm polybag
2. Mancozeb baja kulat--guna mase buah baru berputik.
Jenis penyakit dan mengatasi serangga hama,kutu daun,lelompat daun, rama2 putih,ulat ratus- pegasus,malathion,cypermethrin,deltamethrin, dan lain-lain. Sembur atas dan bawah daun sebab seranggan ni bertelur dan bersarang di bawah daun.
Kulat
Anthracnose, hawar pucuk,,bintik daun mancozeb, amistar,topsin M,antracol dll.
Cara penggunaan kena ikut arahan label. selepas 2-3 kali semburan kena tukar racun lain sebab takut serangga atau kulat jadi rintang.
Pertumbuhan Pokok
1. 3 ke 4 hari biji benih telah bercambah
2. 9 hari pokok mencapai 7cm
Jarak Penanaman
Jarak antara pokok 2.5 kaki dan jarak antara baris 5 kaki
Download Info Penanaman Cili Di Sini
Download Pelan Pemasaran Cili Di Sini
Support Bamboo for Chillies and Tomatoes


Seperti yang aku cerita semalam, semua pokok cili padi dan tomato telah aku pancangkan dengan penyokong buluh bagi mengelakkan pokok-pokok tumbang di tiup angin dan hujan yang lebat. Alhamdulillah pagi ni aku lihat semua pokok-pokok sudah kembali tegak dengan bantuan buluh pancang yang telah aku pacakkan dalam polibag tersebut.
Cili Padi : Hari ke - 8 Penanaman

Hari ini adalah hari ke -8 anak cili di alihkan kedalam polibag. Kesemua 7 polibag cili padi membesar dengan subur. Belum ada sebarang tanda-tanda serangan penyakit atau juga serangga perosak.
Sempat juga aku menambahkan lagi 3 polibag pokok cili padi memandangkan masih ada anak cili padi yang membesar di dalam pasu semaian dengan baik. Harapan aku semoga tanaman cili padi ini lebih subur dan membesar dengan baik. Untuk pengetahuan pembaca semua, aku hanya menggunakan baja tahi ayam setiap hari dengan medianya daripada sabut kelapa. Ini adalah kali pertama aku mencuba dengan menggunakan kaedah penyiraman dengan air campuran baja tahi ayam. Setiap pagi dan petang, aku akan menyiram pokok lada ini dengan baja tahi ayam yang telah di campurkan dengan air (1 baldi). Pokok cili tidak memerlukan air yang banyak cukup sekadar untuk pemakanannya bagi tempoh antara pagi dan petang. Jika berkesempatan, boleh di siram pada tengaharinya sedikit.
Chillies, cucumbers and tomatoes growing up !
Dua hari aku balik kampung kat Pt. Yaani. Jiran rumah parent wife aku ada kenduri kawin dan di jemput.. so kena tunjukkan muka lah macam biasa. Tapi hari ni hari ahad mak mertua, pak mertua dan yang lain2 pergi ke negeri sembilan (rembau) ada kenduri jugak sepupu wife aku..tapi aku tak pergi sebab jauh takut penat esok kerja kan..jadi kat kampung sunyi jadi aku ambil keputusan untuk balik awal memandangkan pokok-pokok sayur aku dah sehari tak bersiram.
Sebenarnya aku tak berapa risau sangat sebab sekarang nih musim hujan kan belah petang..sampai JB dalam pukul 1.30 petang aku terus pergi pasar beli lauk mentah dan terus ke TESCO beli barang dapur sikit. sempat juga aku angkut 'Black Soil' yang di jual di sana. harganya kalau nak di bandingkan dengan kedai nurseri memang jauh murah hanya RM 1.18 sahaja satu bag. Kalau kat nurseri biasa harganya RM 3.00 satu bag dan RM5.00 kalau beli 2 bag. Aku beli 8 bag tadi kat TESCO.
Sampai di rumag lepas kemas-kemas barang aku periksa semua pokok-pokok kat belakang rumah aku tu..alhamdulillah semua segar dan sedang membesar...kalau sehari tak tengok memang nampak perkembangan tumbesaran dia yer? kalau hari-hari tengok tak berapa perasan sangat hehe...nih dia aku sempat snap dengan Dopod aku..
Kebanyakkan batang timun yang baru sudah mengeluarkan jejarinya. Nampaknya esok aku kena tambah tali rafia untuk menyokong pokok-pokok untuk menjelar..memandangkan aku tengok macam tak cukup ajer sokongan yang aku buat ari tu..
Pokok cili padi di dalam polibag juga telah mengekuarkan daun keempatnya...belum ada tanda-tanda di serang perosak..mintak di jauhkan...perkembangan lagi 6 polibag adalah lebih kurang ajer..kena tunggu seminggu dua lagi untuk mengetahui perkembangan selanjutnya.
Sementara anak benih pokok tomato hybrid tropika aku pula sudah mula mengeluarkan daun-daun keempatnya..maybe sehari dua lagi aku akan mula memindahkan kedalam polibag.