
Seperti sedia maklum, sebelum ini aku pernah gagal dalam percubaan menanam sayur menggunakan bekas hydroponik di sebabkan kekurangan sumber cahaya yang di dedahkan kepada pokok tersebut menyebabkan kesemua pertumbuhan pokok terbantut.
Jadi dua minggu yang lepas aku telah mengulang penanaman sayur menggunakan bekas hydroponik ini. Hari ini hasil yang agak memberangsangkan di mana sayur yang di tanam, tumbesarannya lebih baik daripada sebelum ini.

Hydroponik Hari Ke-16
Hydroponik 2nd Testing
Hari ini 3.4.2008 merupakan hari yang ke 3 penanaman hydroponik aku yang kali ke-2 percubaan dengan set DIY Kazz. Benih kangkung dan juga bunga kobis telah bercambah sementara baby sawi dan juga salad masih belum mengeluarkan cambahannya..petang tadi aku telah melarutkan dengan larutan baja hydroponik kedalam bekas tersebut memandangkan kangkung telah mengeluarkan akar yang panjang kedalam air. Insyaallah bila kesemua benihnya mula mengeluarkan cambahannya akan aku snapkan gambarnya kedalam blog ini..
Insyallah selepas harvest pertama penanaman hydroponik ini, aku nak buat sendiri system Aeroponik Hydroponik sendiri dengan menggunakan apa yang aku belajar dan research di internet. Jadi tunggukan kemunculannya!
Hydroponik lagi..








Ini adalah perkembangan pertumbuhan sayur hidroponik yang aku tanam kat rumah menggunakan set Kazz Hydroponik Domestik. Baru dalam tempoh percubaan lagi.. Dalam manualnya ada bagitahu tidak di sarankan menanam lebih daripada 1 jenis sayur dalam satu takung, sebab cycle hidup tanaman sayuran berbeza antara satu sama lain..tetapi aku ingin mencuba sendiri dan melihat pertumbuhan sayuran yang aku cuba dengan penanaman hydroponik ini..
Ada 4 jenis tanaman sayur yang aku sedang cuba iaitu kangkung, baby sawi, salad dan juga bunga kobis. Ini adalah pertumbuhan hari kelima sayur-sayuran tersebut..
Hydroponik

Penanaman hydroponik semakin popular di Malaysia dan juga di negara-negara yang sedang maju. Di lihat kepada kaedah penanaman hydroponik yang telah di jalankan, ada yang menjalankan secara kecil-kecilan dan juga berskala besar di dalam bidang perniagaan.
Penanaman hydroponik ini telah menarik minat aku untuk mendalami dengan lebih mendalam dalam bidang pertanian ini. Aku telah memulakan dengan set hydroponik yang di beli daripada Kazz Hydroponik. Set ini beharga RM40. Aku akan update pertumbuhan sayur-sayuran yang telah aku buat untuk percubaan dalam penanaman hydroponik ini. Set hydroponik ini aku beli pada 8 Mac 2008.