Showing posts with label pokok timun. Show all posts
Showing posts with label pokok timun. Show all posts

Timun Hari Ke-31


Hari ini 16.04.2008 pokok timun sedang rancak mengeluarkan putik-putik timun dan bersedia untuk membesar dan di petik. Aku kira lagi 2-3 minggu baru boleh petik buah timun tersebut. Moga-moga tiada jangkitan penyakit atau pun serangan serangga pada buah timun tersebut. Namun begitu aku tidak menyerahkan pada takdir semata-mata, penjagaan rapi dengan penyiraman baja dan juga kawalan serangga akan aku ketatkan.

Read More......

Video Laman Agro

Video ini adalah keadaan sebenar mengenai penanaman beberapa jenis sayuran di rumah aku mengikut kaedah convensional. Insyaallah dalam masa yang terdekat ini aku akan mengalihkan pula kepada kaedah berteknologi seperti fertigasi dan juga aquaponic hydroponic. Beberapa video pokok timun, pokok cili padi dan juga pokok tomato telah di rakamkan petang tadi bersama dengan anak kecilku yang comel.

Read More......

Pokok timun : Hari ke - 21


Kelihatan pokok timun yang di tanam di dalam polibag (3 polibag sahaja) sedang membesar dengan baik dan telah mula mengeluarkan jejarinya bagi memanjat pada tempat sokongan. Tempat sokongan ini aku buat dengan menggunakan tali rafia sahaja. Mengikut pengamatan aku, tali rafia ini tak berapa bagus berbanding jika kita menggunakan ranting-ranting kayu kerana permukaannya yang agak licin. Walaubagaimanapun, kita akan lihat keberkesanan sokongan dengan menggunakan tali rafia ini. Memandangkan kat bandar johor bahru ini agak susah bagi aku nak mencari ranting2 kayu kering untuk di jadikan kayu sokongan maka aku telah menggunakan alternatif tali rafia sebagai sokongan kenapda pokok timun ini.

Read More......