Ini adalah kali ketiga cubaan aku untuk meng upload gambar kat blog ni... sangat seksa nak dapat upload siap-siap sebab line internet masih lagi macam kura-kura..
Okey, perkembangan pokok timun aku sangat baik..sehingga petang tadi aku lihat ada banyak bunga-bunga telah keluar. Alhamdulillah..jika tiada halangan lagi 2 minggu boleh lah petik buahnya nanti. Aku juga telah menabur baja NPK Blue di dalam polibag tadi untuk merangsang pengeluaran bunga dan seterusnya buah timun yang baik.
Kesemua pokok cili padi aku nampaknya masih dapat bertahan dengan baik sehingga ke hari ini..yer lah kan..pokok tak lah banyak dalam 10 batang ajer boleh lah jaga dengan baik..cuba kalau sampai 3000 ke..10,000 ker..boleh ker?? hehe..baru tinggi 4.5 inci aku ukur petang tadi pada umurnya 16 hari selepas transplant..ini cuma lah hobi dan aku jadikan sebagai percubaan untuk aku melangkah dengan lebih jauh lagi..untuk mengenali tabiat pokok, penyakitnya, pemakanannya dan sebagainya..aku doakan percubaan aku ini berjaya dengan hasilnya nanti..amin..
Update Timun dan Cili Padi
Cili Padi dan Timun
Dua hari ini aku sibuk cat pagar, gate dan juga pagar tangga rumah aku. Buat ala-ala wrote iron. Sebenarnya nak cuba sendiri buatnya jadi dapatlah tahu susah ke senang nak buat benda tu...rumit lah jugak kena juga 3 jenis cat dan lagi nak jimatkan kos..daripada upah orang baik buat sendiri kalau boleh buat kan?. Pertama cat cilat hitam, kedua cat copper brown, dan last sekali pakai cat liqueur (clear).
Tapi petang tadi macam biasa lah sebelum magrib dalam pukul 6.30 petang, aku siram pokok-pokok sayur kat belakang rumah aku yg memang tak besar sangat kawasannya tu hehe..rumah banda memang camtu la..dah la mahal tanak pulak kedekut habis...tapi aku gunakan dengan sepenuhnya space yg ada kat belakang..tu pasal tak nak extend dapur kat belakang tu..lagi pun dapur sekarang dah cukup besar untuk memasak..
Hari ini memang sangat panas terik..malam semalam aku sembur racun Pegasus kat pokok lada dan juga pokok timun aku tu..agaknya kat pokok timun tu terlebih racun aku sembur kan..dan kena pulak panas hari ni habis lecun daun pokok timun..huhuhu~
Sempat pula aku mengalihkan anak pokok cili padi aku yang umurnya dalam 3 minggu ke tapak tanaman polibag. Kesemuanya 7 polibag pokok cili padi. Ada lagi balance dalam 5-6 anak dalam tapak semaian tunggu standby kalau-kalau dalam polibag tu kena jangkitan ker atau tak subur boleh lah di gantikan dengan anak yang baru.
Penanaman pokok timun di rumah



Aku telah menyemai benih timun dua minggu yang lalu. Kini umurnya dalam lingkungan 10-12 hari. Petang tadi aku sempat memindahkan 3 polibag anak timun ketempat yang aku sediakan untuk pembesaran yang selanjutnya. Tempat sokongan tu aku buat dengan tali rafia ajer memandangkan di sebelah pokok timun tu ada jaring pagar rumah aku, jadi boleh la tumpang sekaki nanti..
Biji benihnya aku tak berapa pasti jenis yang baik atau tak..aku beli kat TESCO ari tu masa shopping dengan wife aku. Tengok lah macamana hasilnya bila dia berbuah nanti.
Tanaman Timun

Pengenalan:
Timun atau Cucumis sativus boleh ditanam di ladang ataupun di sekeliling rumah. Pokoknya tidak memerlukan ruang yang luas kerana ia adalah sejenis sayuran yang menjalar, yang perlu hanyalah cacakan kayu atau pagar-pagar tegap supaya pokok dapat memanjat. Timun tidak memerlukan perhatian yang rapi seperti pokok-pokok lain.
Sebagai ulam timun mengandungi Vitamin A dan kelebihan zat ini tidak dapat ditandingi dengan sayur-sayuran lain seperti kacang bendi dan labu. Timun mengandungi Vitamin A yang setanding dengan cili hidup iaitu lebih kurang 130 IU/Ox (4.6 IU/gm).
Kesusaian Tanah:
Tanah yang sesuai untuk tanaman timun ialah tanah yang gembur, mengandungi cukup bahan-bahan organan, mempunyai saliran yang baik dan berkeupayaan memegang air. Pokok timun memerlukan hawa panas tetapi tidak terlalu terik, kerana kalau terik ia memerlukan lebih baja dan air. Jika penanaman dimulakan di pertengahan musim kemarau, pokok menjadi kerdil, kerana kekurangan air di dalam tanah untuk pokok menghisap. Sebaik-baiknya penanaman dimulakan di akhir musim hujan di mana udara lebih sejuk disamping suhunya menggalakkan benih timun bercambah dengan cepat.
Tanah digembur dengan cangkul atau ditenggala dengan trektor. Buat batas berukuran 1.2 m lebar x 7.6m panjang dan 23-26 cm tinggi. Bubuh baja organan (tahi lembu atau tahi ayam yang reput dan bakaran sampah sarap) di setiap lubang tanaman atau di dalam parit kecil yang dibuat di kedua belah batas. Banyak baja bergantung kepada kesuburan tanah (11.5 kg/batas atau 12.6 tan metrik/ha).
Penanaman:
Benih timun boleh ditanam terus atau dicambahkan dan diubah ke ladang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 60 cm x 60 cm (2' x 2'). Dua barisan tanaman timun boleh ditanam atas tiap-tiap batas. Benih timun ditanam terus ke lubang dengan kadar 2-3 biji benih selubang. Siram dua kali sehari. Percambahan akan berlaku selepas 3-4 hari. Selepas 10 hari anak pokok yang kurang subur dibuang dengan meninggalkan 1-2 pokok di satu tempat.
Benih timun boleh juga dicambahkan di dalam kain bersih yang basah, dan seterusnya tiga anak semaian diatur di dalam 'kerek'. Anak-anak semaian di dalam 'kerek' diubah ke ladang selepas 4-6 hari. Pilih anak semaian yang subur sahaja untuk diubah. Pembajakan berikut boleh digunakan:-
14 bahagian Sulphate of Ammonia
11 bahagian Double Superphosphate
5 bahagian Muriate of Potash
11 bahagian Kieserite
atau gunakan baja sebatian NPK Hijau (15:15:15). Baja dua minggu sekali sebanyak 14_28 gm sepokok/sekali, iaitu bila anak semaian berumur 10-12 hari. Tabur keliling pokok atau ke dalam parit kecil yang dibuat di kiri kanan barisan anak-anak timun. Pokok timun memerlukan sokongan sebaik-baik sahaja ia mengeluarkan jari-jari, iaitu apabila anak pokok berumur 14-16 hari.
Pokok timun perlu disiram sekurang-kurang sekali sehari sehinggalah hasilnya dipungut. Dalam musim hujan pokok-pokok timun tidak sepatut disiram terlalu kerap. Merumput patut dilakukan supaya tidak ada persaingan untuk zat makanan antara rumput dengan pokok timun dan untuk mengelakkan pembiakan musuh dan penyakit. Merumput dilakukan dengan tangan atau dengan cangkul.
Musuh:
Musuh yang selalu menyerang timun ialah penyakit ulat dan kumbang Aulacophora, ulat lalat buah (dacus spp.) dan kutu daun. Gunakan racun serangga untuk mengawal musuh-musuh ini.
Penyakit:
Penyakit yang selalu menyerang timun ialah Bintik Berpusar, Kulapok Downy dan Kulapok Debu. Gunakan racun kulat untuk mengawalnya.
Pungutan Hasil:
Buah timun dapat dipungut lebih kurang 30 hari selepas ditanam. Pungutan dibuat dua hari sekali. Ia akan terus mengeluarkan hasil selama 25-30 hari. Buah yang masak mempunyai kulit yang licin sementara yang muda kulitnya kasar dan berkilat.