Percubaan Tanaman Hydroponik Gagal

Hari ini merupakan hari yang ke 20 penanaman pokok sayur di dalam bekas hydroponik Kazz yang di beli 3 minggu yang lepas daripada salah seorang wakil jualannya di daerah Johor Bahru. Memandangkan pengalaman ini masih baru buat aku jadi banyak info aku bertanyakan pada wakil penjual tersebut. Tumbesaran pokok sayur yang di tanam di dalam bekas hydroponik amat tidak memberangsangkan dan semacam terbantut. Kelihatan kulat-kulat telah mula tumbuh di dalam bakul bekas hydroponik. Aku tak sempat nak ambil gambarnya di tambah terlupa untuk di masukkan di dalam blog ini. Namun kesemua anak benih sayur tersebut telah aku keluarkan dan esok akan aku cuba pindahkan ke dalam polibag untuk mengelakkan daripada membazir. Kalau pokok sayur tu tumbuh alhamdulillah, kalau tak pun takper..sebab ini masih dalam proses mencuba.

Walau bagaimanapun, aku telah menelefon wakil jualan hydroponik kazz tersebut dan beliau mengatakan bekas hydroponik tersebut hendaklah di letakkan di tempat pancaran matahari. Mulanya semasa aku membeli bekas hydroponik tersebut, beliaumengatakan ianya OK jika meletakkan di bawah awning rumah memandangkan beliau pun meletakkan 3 bekas hydroponik beliau di bawah awning rumah beliau. Beliau juga telah memberitahu aku yang tanaman hydroponik beliau juga terbantut dek tidak mendedahkan bekas hydroponik itu kepada matahari. Jadi method penanaman hydroponik kami salah! haha..kelakar sunggu..sampai dengan aku pun terkena. Jangkaan aku tidak mengapa jika di letakkan di bawah awning rumah memandangkan awning rumah pun kira hampir dengan sinaran matahari. Kebanyakkan semua pokok bunga kat rumah aku nih pun di bawah awning rumah sebenarnya..tu yg aku ambil tak kisah ajer hehe..apa-apa pun esok aku akan menyemai benih yang baru dan akan meletakkan di bawah matahari..tetapi banyakkan sikit kerja nak kena buat..maklumlah sekarang nih..hujan tak menentu..sekejap tengok panas terik..lagi 10 minit dah hijan lebat..sebaik-baiknya kalau dapat sediakan rumah pelindung hujan (RPH)...

Read More......

Timun Hari Ke-14


Alhamdulillah tumbesaran pokok timun sangat baik. Belum ada tanda serangan serangga perosak lagi. Kemungkinan ianya masih 'remaja' lagi sebab tu serangga belum menyerang lagi. Hari ini merupakan hari ke 14 selepas transplant kedalam polibag. Pokok timun ini membesar dengan cepat sekali dan banyak jejarinya keluar untuk memanjat dan mencari ruang sendiri di tempat penanaman. Di celah-celah dahan kelihatan beberapa tunas-tunas bunga sedang keluar.

Read More......

Cili Padi Hari ke-12 Transplant


Hari ini adalah hari yang ke-12 selepas transplant kedalam polibag. Keadaan 10 batang pokok berada dalam keadaan baik kecuali satu pokok yang 'mungkin menunjukkan tanda serangan daun kerekot. Walau bagaimanapun aku tak pasti itu adalah tanda awal serangan ataupun daun belum mula mengembang lagi. Lagi pun dua hari yang lepas aku baru menyembur dengan racun kawalan perosak Pegasus 250 SC.

Read More......

How To Prune Tomatoes

Pruning Tomatoes Pruning tomatoes is one of the easiest and most beneficial things you can do to increase fruit size and help lessen the chances of disease. Here is the simple video teach you how to prune tomatoes plant.

Read More......

Mencantas dahan pokok cili

Amalam mencantas dahan di awal pertumbuhan pokok cili amat-amat di galakkan bagi merangsang pokok cili mencapai ketinggian yang idea untuk mengeluarkan bunga dan berbuah. Amalam mencantas dahan pokok cili ini di percayai juga boleh mengekalkan keseimbangan serapan baja ke seluruh kawasan pokok di mana jika banyak dahan makan akan banyak kapasiti baja yang di perlukan dan keseimbangan baja kepada pokok cili akan berkurangan.
Ketika melakukan kerja mencantas ini hendaklah berhati di khuatiri akan merosakkan batang cili yang masih lembut. Kita boleh menggunakan pisau ataupun gunting semasa mencantas.
Petang tadi setelah selesai menyiram kesemua pokok-pokok cili padi dengan air baja tahi ayam, aku memulakan kerja-kerja mencantas dahan pokok cili.

Info : Klik Di Sini

Read More......

Membuat Baja Kompos Daripada Bahan Organik

Read More......

FERTIGASI

(Dipetik dari majalah Wawasan Pertanian Bil. 16/2002)

Kaedah fertigasi merupakan satu kaedah baru yang ditemui bagi menjalankan penanaman sayur-sayuran dalam tempoh masa jangka pendek. Kaedah ini tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman. Medium-medium yang boleh digunakan seperti sabut kelapa, pasir sungai, sekam padi, vermikulit, perlit dan habuk kayu. Beberapa jenis sayur-sayuran seperti tomato, cili, terung panjang, timun jepun, kobis bulat, lobak putih dan tembikai wangi sesuai menggunakan kaedah penanaman secara fertigasi.

Nutrien

Nutiren atau baja diberikan kepada tanaman secara sistem pengairan. Nutrien disalurkan dalam bentuk larutan dan dititiskan ke pangkal tanaman untuk membasahi zon perakaran.

Nutrien-nutrien yang dititiskan terdiri daripada nutrien NPK (Nitrogen, Fosforos dan Kalium) sebagai unsur utama. Manakala pemakanan makro pula terdiri daripada unsur-unsur surih seperti Kalsium (Ca.) Magnesium (Mg), Sulfur (S), Ferum (Fe), Mangan (Ma), Kuprum (Cu), Kobaltam (Co), Zink (Zn), Boron (Bo), Klorin (CI) dan Molibdenum (Mo). Kaedah ini juga dikenali sebagai 'Hodroponik Beraggregat'. Larutan-larutan nutrien yang dianggap sebagai nadi kepada kaedah fertigasi ini diagihkan dalam tiga cara itu secara Aliran Graviti, Pam Elektrik dan Penyuntik baja. Aliran graviti boleh dilakukan secara manual oleh pengusaha mengikut kehendak dan jangka masa yang ditetapkan olehnya. Air dan baja yang telah dibuat, disalirkan ke tangki penyimpanan yang diletakkan di tempat yang tinggi.

Dengan menggunakan tenaga graviti, baja tadi akan disalirkan ke tanaman. Cara ini lebih praktikal digunakan oleh petani-petani memandangkan kosnya yang lebih rendah. Manakala pam elektrik dan penyuntik baja pula menggunakan tenaga elektrik dan motor untuk pembajaan. Tempoh masa pembajaan telah ditetapkan oleh pengusaha. Oleh itu kosnya adalah lebih tinggi. Seringkali kedua-dua cara ini digunakan oleh penyelidik-penyelidik untuk mendapatkan keputusan penyelidikan yang tepat.

Setiap tanaman mempunyai kadar nutrien yang berbeza. Para pengusaha hendaklah bijak dalam melakukan formulasi nutrien dan peka kepada tindakbalas pokok terhadap setiap formulasi nutrien yang dibuat. Tindakbalas ini menunjukkan kesesuaian tanaman terhadap formulasi nutrien yang dirumuskan.

Kelebihan

Dengan menggunakan kaedah fertigasi, masalah tanah seperti keluasan tanah terhad, tanah tidak subur, perumah penyakit dan perosak dapat diatasi kerana mikroorganisma penyebab penyakit yang selalu dibawa oleh tanah boleh dikawal kerana tanah tidak digunakan. Nutrien lengkap dititiskan mengikut jumlah, keperluan tanaman serta peringkat pertumbuhannya. Nutrien yang dibekalkan tidak terbazir kerana digunakan terus oleh akar tumbuhan. Oleh itu, keperluan tenaga buruh bagi tujuan kerja-kerja membaja dan merumput dapat dikurangkan.

Masalah merumpai bukan lagi menjadi masalah utama. Oleh itu penggunaan racun ke atas tanaman dapat dikurangkan. Penggunaan baja adalah lebih cekap kerana baja yang diberi adalah mengikut formulasi yang diperlukan oleh tanaman. Hasil yang diperolehi adalah lebih tinggi dan boleh mencapai pada kadar kira-kira 700% jika dibandingkan dengan cara penanaman dengan menggunakan tanah sebagai medium. Hasil tanaman tidak tercemar oleh tanah dan akan kelihatan lebih bersih.

Keperluan infrastruktur

1. Rumah Lindungan
Rumah lindungan didirikan bagi mengekalkan kelembapan, mengelakkan pancara ultra unggu serta terik cahaja matahari yang berlebihan.

2. Sistem pengairan (titisan)
Sistem Pengiaran terdiri daripada pusat kawalan nutrien, paip ladang dan penitis (2L/H).

3. Punca Air
Air boleh didapati dari kolam, telaga, telaga tiub dan lain-lain. Air yang digunakan hendaklah bersih, jernih, bebas daripada penyakit dan pencemaran, tidak berbau dan mempunyai kandungan oksigen yang tinggi.

4. Baja Fertigasi
Baja yang disediakan haruslah sesuai dengan tanaman agar dapat menghasilkan hasil yang tinggi.

5. Alat Pengukur pG dan EC Larutan
Terdapat banyak pilihan yang boleh digunakan bagi mengiiut nilai pH dan nilai EC. Biasanya 'pocket size' pH meter dan EC meter atau 'portable pH/EC/TDS meter'.

6. Media
Kadar pegangan air adalah dalam 60-80% dan udara 20-40%. Contoh: campuran habuk sabut kelapa dan arang sekam padi (1:1).

7. Biji Benih
F1 hibrid (Holland seed) menjadi pilihan. Tahap ketahanan rintang penyakit lebih terjamin, merupakan biji benih yang berkualiti dan untuk mendapatkan kadar percambahan yang maksimum.

8. Bekas Tanaman
Bekas tanaman yang sering digunakan adalah polybeg 12" x15" atau 12" x 17".

Cara-cara Penyediaan Kaedah Fertigasi

Batu kelikir yang berukuran 1.3-1.9 cm diletakkan di dalam beg plastik atau saluran yang berdindingkan simen atau kaca gentian. Titisan nutrien dimasukkan dari bahagian permukaan beg tersebut secara graviti. Tititsan nutrien ini dibiarkan untuk 5-10 minit sehingga kelihatan larutan tersebut keluar semula dri bahagian bawah beg.

Rumah lindingan haruslah dibina bagi mengelakkan larutan nutrien menjadi cair apabila hujan. Bahan-bahan lain seperti Ttildenet boleh juga dibuat atap tetapi mestilah tidak menyekat kemasukan cahaya matahari dengan banyak ke dalam struktur tersebut. Frekuensi dan volume penyiraman seharusnya disesuaikan dengan keadaan cuaca, jenis dan umur tanaman, fasa pertumbuhan tanaman dan jenis media yang digunakan. Jika keadaan cuaca hujan, frekuensi penyiraman hendaklah dikurangkan kerana media akan menjadi terlalu basah dan memberi kesan kepada pertumbuhan akar tumbuhan tersebut. Keseimbangan yang sesuai antara air, udara, baja yang hendak digunakan dan media tanaman hendaklah dititikberatkan.

Nilai EC (jumlah baja yang larut dalam air) dan nilai pH (tingkat persamaan) sesuatu larutan adalah penting. Ini akan menunjukkan berapa banyak unsur nutrien yang tersedia buat tanaman tersebut. Jumlah nutrien tidak dapat distandardkan kerana perbezaan antara iklim, media dan jenis tanaman. Kadar kepekatan (EC) yang diberikan untuk tanaman haruslah disesuaikan dengan situasi dan keadaan. Nilai pH yang sesuai adalah antara 5.0-6.0 kerana pada kadar ini, semua unsur nutrien dapat diserap oleh tanaman.

Waktu penyiraman, jumlah penyiraman, EC/pH ini, EC/pH out, suhu, RH dan keadaan cuaca harus dicatatkan. Data-data ini nanti akan membantu pengusaha dalam mengambil keputusan untuk merubah satu-satu formulasi.

Read More......

Tips Baja Udang

Tahukah anda bahawa sisa udang yang tidak di gunakan seperti kepala dan kulitnya boleh di jadikan sebagai baja organik kepada tumbuhan anda? Ayuh mari lah kita mencuba dengan menggunakan bahan sisa makanan yang terbuang. Jangan membazir ;)

Baja udang (sumber chitosan)

Bahan: Kepala dan kulit udang

Arahan : Tanam kepala udang dan kulit udang dan juga tulang ikan pada pokok
bunga atau pokok buah-buahan

Hasilnya: pucuk, bunga dan buah makin naik dengan gemuknya.

Read More......

Cara Menyemai Biji Benih

1. Sediakan 2 helai surat khabar di rendam dalam besen berisi air (2-3jam)
2. Isikan biji benih ke dalam sebuah cawan. Tuang air sehingga memenuhi ¾ cawan tersebut. Tambahkan 1 sudu garam.
3. Biarkan biji benih selama 15 minit untuk membunuh kuman.
4. Toskan. Tebarkan surat khabar yang lembap itu, tabur biji benih ke atas permukaan salah satu helaiannya. Tutup dan gulung. Simpan dalam plastik lutsinar (beg plastik)
5. Tiup dengan nafas sehingga plastik kembung.
6. Ikat dengan kemas dan jemur di bawah matahari. Plastik sedia untuk di buka selepas 36jam.
7. Selepas 36 jam, buka plastik dan keluarkan anak benih, masukkan dalam tray anak semaian.
8. Gulung semula surat khabar dan ulangi langkah 5 ke langkah 8 untuk biji benih yang belum bercambah.

Read More......

Pokok timun : Hari ke - 21


Kelihatan pokok timun yang di tanam di dalam polibag (3 polibag sahaja) sedang membesar dengan baik dan telah mula mengeluarkan jejarinya bagi memanjat pada tempat sokongan. Tempat sokongan ini aku buat dengan menggunakan tali rafia sahaja. Mengikut pengamatan aku, tali rafia ini tak berapa bagus berbanding jika kita menggunakan ranting-ranting kayu kerana permukaannya yang agak licin. Walaubagaimanapun, kita akan lihat keberkesanan sokongan dengan menggunakan tali rafia ini. Memandangkan kat bandar johor bahru ini agak susah bagi aku nak mencari ranting2 kayu kering untuk di jadikan kayu sokongan maka aku telah menggunakan alternatif tali rafia sebagai sokongan kenapda pokok timun ini.

Read More......

Cili Padi : Hari ke - 8 Penanaman


Hari ini adalah hari ke -8 anak cili di alihkan kedalam polibag. Kesemua 7 polibag cili padi membesar dengan subur. Belum ada sebarang tanda-tanda serangan penyakit atau juga serangga perosak.

Sempat juga aku menambahkan lagi 3 polibag pokok cili padi memandangkan masih ada anak cili padi yang membesar di dalam pasu semaian dengan baik. Harapan aku semoga tanaman cili padi ini lebih subur dan membesar dengan baik. Untuk pengetahuan pembaca semua, aku hanya menggunakan baja tahi ayam setiap hari dengan medianya daripada sabut kelapa. Ini adalah kali pertama aku mencuba dengan menggunakan kaedah penyiraman dengan air campuran baja tahi ayam. Setiap pagi dan petang, aku akan menyiram pokok lada ini dengan baja tahi ayam yang telah di campurkan dengan air (1 baldi). Pokok cili tidak memerlukan air yang banyak cukup sekadar untuk pemakanannya bagi tempoh antara pagi dan petang. Jika berkesempatan, boleh di siram pada tengaharinya sedikit.

Read More......

Now you can have your own hydroponic home system !

This is an idea how you can make your own hydroponic home system. Its very simple and easy to get the materials. Lets try it!

Read More......

Fresh Green !


Look at inside! very fresh vege hehe..

Read More......

Chillies, cucumbers and tomatoes growing up !

Dua hari aku balik kampung kat Pt. Yaani. Jiran rumah parent wife aku ada kenduri kawin dan di jemput.. so kena tunjukkan muka lah macam biasa. Tapi hari ni hari ahad mak mertua, pak mertua dan yang lain2 pergi ke negeri sembilan (rembau) ada kenduri jugak sepupu wife aku..tapi aku tak pergi sebab jauh takut penat esok kerja kan..jadi kat kampung sunyi jadi aku ambil keputusan untuk balik awal memandangkan pokok-pokok sayur aku dah sehari tak bersiram.

Sebenarnya aku tak berapa risau sangat sebab sekarang nih musim hujan kan belah petang..sampai JB dalam pukul 1.30 petang aku terus pergi pasar beli lauk mentah dan terus ke TESCO beli barang dapur sikit. sempat juga aku angkut 'Black Soil' yang di jual di sana. harganya kalau nak di bandingkan dengan kedai nurseri memang jauh murah hanya RM 1.18 sahaja satu bag. Kalau kat nurseri biasa harganya RM 3.00 satu bag dan RM5.00 kalau beli 2 bag. Aku beli 8 bag tadi kat TESCO.

Sampai di rumag lepas kemas-kemas barang aku periksa semua pokok-pokok kat belakang rumah aku tu..alhamdulillah semua segar dan sedang membesar...kalau sehari tak tengok memang nampak perkembangan tumbesaran dia yer? kalau hari-hari tengok tak berapa perasan sangat hehe...nih dia aku sempat snap dengan Dopod aku..


Kebanyakkan batang timun yang baru sudah mengeluarkan jejarinya. Nampaknya esok aku kena tambah tali rafia untuk menyokong pokok-pokok untuk menjelar..memandangkan aku tengok macam tak cukup ajer sokongan yang aku buat ari tu..

Pokok cili padi di dalam polibag juga telah mengekuarkan daun keempatnya...belum ada tanda-tanda di serang perosak..mintak di jauhkan...perkembangan lagi 6 polibag adalah lebih kurang ajer..kena tunggu seminggu dua lagi untuk mengetahui perkembangan selanjutnya.

Sementara anak benih pokok tomato hybrid tropika aku pula sudah mula mengeluarkan daun-daun keempatnya..maybe sehari dua lagi aku akan mula memindahkan kedalam polibag.

Read More......

Cili Padi dan Timun

Dua hari ini aku sibuk cat pagar, gate dan juga pagar tangga rumah aku. Buat ala-ala wrote iron. Sebenarnya nak cuba sendiri buatnya jadi dapatlah tahu susah ke senang nak buat benda tu...rumit lah jugak kena juga 3 jenis cat dan lagi nak jimatkan kos..daripada upah orang baik buat sendiri kalau boleh buat kan?. Pertama cat cilat hitam, kedua cat copper brown, dan last sekali pakai cat liqueur (clear).

Tapi petang tadi macam biasa lah sebelum magrib dalam pukul 6.30 petang, aku siram pokok-pokok sayur kat belakang rumah aku yg memang tak besar sangat kawasannya tu hehe..rumah banda memang camtu la..dah la mahal tanak pulak kedekut habis...tapi aku gunakan dengan sepenuhnya space yg ada kat belakang..tu pasal tak nak extend dapur kat belakang tu..lagi pun dapur sekarang dah cukup besar untuk memasak..

Hari ini memang sangat panas terik..malam semalam aku sembur racun Pegasus kat pokok lada dan juga pokok timun aku tu..agaknya kat pokok timun tu terlebih racun aku sembur kan..dan kena pulak panas hari ni habis lecun daun pokok timun..huhuhu~


Sempat pula aku mengalihkan anak pokok cili padi aku yang umurnya dalam 3 minggu ke tapak tanaman polibag. Kesemuanya 7 polibag pokok cili padi. Ada lagi balance dalam 5-6 anak dalam tapak semaian tunggu standby kalau-kalau dalam polibag tu kena jangkitan ker atau tak subur boleh lah di gantikan dengan anak yang baru.

Read More......

Penanaman Pokok Cili & Tomato


Gambar di atas adalah anak benih cili padi yang di semai kira-kira dua minggu yang lalu. Aku sedang menunggu sehingga anak benih tersebut mula mengeluarkan daun yang ke-3 atau ke-4 nya. Kebetulan pagi tadi hujan yang lebat, dan ada sesuatu telah menimpa keatas pasu semain benih cili padi tersebut. Cubaan.....

Gambar di bawah pula merupakan gambar anak benih tomato F1 hybrid untuk tanaman tropika. Aku belum pernah ada pengalaman menaman tanaman tomato ini. Jadi boleh lah pengalaman ini di jadikan pengalaman percubaan untuk aku dah untuk pembaca semua.

Read More......

Racun Kawalan Serangga


Hari ini aku pergi kat salah satu kedai menjual bahan pertanian. Rancangan aku nak beli racun kawalan serangga untuk tanaman pokok cili, tomato dan timun aku. Aku dah banyak baca kat blog-blog dan juga dari beberapa laman agro yang lain tentang racun kawalan serangga ni. Jadi untuk menjimatkan kos aku memilih racun Pegasus 250 SC. Fungsi racun ini boleh mengawal Kutu Trip, Hamama dan Bena Putih (White Flies). Harap-harap racun ini dapat aku gunakan untuk mengawal jangkitan virus dan juga serangga pada tanaman pokok cili, tomato dan juga timun aku Insyaallah...Harga racun Pegasus ini RM 64 sebotol.

Read More......

Penanaman pokok timun di rumah




Aku telah menyemai benih timun dua minggu yang lalu. Kini umurnya dalam lingkungan 10-12 hari. Petang tadi aku sempat memindahkan 3 polibag anak timun ketempat yang aku sediakan untuk pembesaran yang selanjutnya. Tempat sokongan tu aku buat dengan tali rafia ajer memandangkan di sebelah pokok timun tu ada jaring pagar rumah aku, jadi boleh la tumpang sekaki nanti..

Biji benihnya aku tak berapa pasti jenis yang baik atau tak..aku beli kat TESCO ari tu masa shopping dengan wife aku. Tengok lah macamana hasilnya bila dia berbuah nanti.

Read More......

Tanaman Timun


Pengenalan:

Timun atau Cucumis sativus boleh ditanam di ladang ataupun di sekeliling rumah. Pokoknya tidak memerlukan ruang yang luas kerana ia adalah sejenis sayuran yang menjalar, yang perlu hanyalah cacakan kayu atau pagar-pagar tegap supaya pokok dapat memanjat. Timun tidak memerlukan perhatian yang rapi seperti pokok-pokok lain.

Sebagai ulam timun mengandungi Vitamin A dan kelebihan zat ini tidak dapat ditandingi dengan sayur-sayuran lain seperti kacang bendi dan labu. Timun mengandungi Vitamin A yang setanding dengan cili hidup iaitu lebih kurang 130 IU/Ox (4.6 IU/gm).

Kesusaian Tanah:

Tanah yang sesuai untuk tanaman timun ialah tanah yang gembur, mengandungi cukup bahan-bahan organan, mempunyai saliran yang baik dan berkeupayaan memegang air. Pokok timun memerlukan hawa panas tetapi tidak terlalu terik, kerana kalau terik ia memerlukan lebih baja dan air. Jika penanaman dimulakan di pertengahan musim kemarau, pokok menjadi kerdil, kerana kekurangan air di dalam tanah untuk pokok menghisap. Sebaik-baiknya penanaman dimulakan di akhir musim hujan di mana udara lebih sejuk disamping suhunya menggalakkan benih timun bercambah dengan cepat.

Tanah digembur dengan cangkul atau ditenggala dengan trektor. Buat batas berukuran 1.2 m lebar x 7.6m panjang dan 23-26 cm tinggi. Bubuh baja organan (tahi lembu atau tahi ayam yang reput dan bakaran sampah sarap) di setiap lubang tanaman atau di dalam parit kecil yang dibuat di kedua belah batas. Banyak baja bergantung kepada kesuburan tanah (11.5 kg/batas atau 12.6 tan metrik/ha).

Penanaman:

Benih timun boleh ditanam terus atau dicambahkan dan diubah ke ladang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 60 cm x 60 cm (2' x 2'). Dua barisan tanaman timun boleh ditanam atas tiap-tiap batas. Benih timun ditanam terus ke lubang dengan kadar 2-3 biji benih selubang. Siram dua kali sehari. Percambahan akan berlaku selepas 3-4 hari. Selepas 10 hari anak pokok yang kurang subur dibuang dengan meninggalkan 1-2 pokok di satu tempat.

Benih timun boleh juga dicambahkan di dalam kain bersih yang basah, dan seterusnya tiga anak semaian diatur di dalam 'kerek'. Anak-anak semaian di dalam 'kerek' diubah ke ladang selepas 4-6 hari. Pilih anak semaian yang subur sahaja untuk diubah. Pembajakan berikut boleh digunakan:-

14 bahagian Sulphate of Ammonia
11 bahagian Double Superphosphate
5 bahagian Muriate of Potash
11 bahagian Kieserite


atau gunakan baja sebatian NPK Hijau (15:15:15). Baja dua minggu sekali sebanyak 14_28 gm sepokok/sekali, iaitu bila anak semaian berumur 10-12 hari. Tabur keliling pokok atau ke dalam parit kecil yang dibuat di kiri kanan barisan anak-anak timun. Pokok timun memerlukan sokongan sebaik-baik sahaja ia mengeluarkan jari-jari, iaitu apabila anak pokok berumur 14-16 hari.

Pokok timun perlu disiram sekurang-kurang sekali sehari sehinggalah hasilnya dipungut. Dalam musim hujan pokok-pokok timun tidak sepatut disiram terlalu kerap. Merumput patut dilakukan supaya tidak ada persaingan untuk zat makanan antara rumput dengan pokok timun dan untuk mengelakkan pembiakan musuh dan penyakit. Merumput dilakukan dengan tangan atau dengan cangkul.

Musuh:

Musuh yang selalu menyerang timun ialah penyakit ulat dan kumbang Aulacophora, ulat lalat buah (dacus spp.) dan kutu daun. Gunakan racun serangga untuk mengawal musuh-musuh ini.

Penyakit:

Penyakit yang selalu menyerang timun ialah Bintik Berpusar, Kulapok Downy dan Kulapok Debu. Gunakan racun kulat untuk mengawalnya.

Pungutan Hasil:

Buah timun dapat dipungut lebih kurang 30 hari selepas ditanam. Pungutan dibuat dua hari sekali. Ia akan terus mengeluarkan hasil selama 25-30 hari. Buah yang masak mempunyai kulit yang licin sementara yang muda kulitnya kasar dan berkilat.

Read More......

Pembajaan Hydroponik








Gambar di atas adalah set baja hydroponik yang di beli tempohari. Ianya terdiri daripada 2 jenis baja iaitu baja cecair dan juga baja biji yang perlu di campurkan sekali semasa melarutkan baja di dalam bekas.

Set baja tersebut telah aku larutkan dengan 40 cawan air. Kemudian menambahkan 4 cawan larutan baja tersebut kedalam air takungan hydroponik.

Gambar di atas adalah gambar pokok sayur di hari yang ke-7..

Kita tunggu lah apa akan jadi dengan sayur-sayur tersebut selepas habis edahnya nanti..walau macamana pun aku akan publish kat sinih tentang pertumbuhannya..

Read More......

Hydroponik lagi..









Ini adalah perkembangan pertumbuhan sayur hidroponik yang aku tanam kat rumah menggunakan set Kazz Hydroponik Domestik. Baru dalam tempoh percubaan lagi.. Dalam manualnya ada bagitahu tidak di sarankan menanam lebih daripada 1 jenis sayur dalam satu takung, sebab cycle hidup tanaman sayuran berbeza antara satu sama lain..tetapi aku ingin mencuba sendiri dan melihat pertumbuhan sayuran yang aku cuba dengan penanaman hydroponik ini..

Ada 4 jenis tanaman sayur yang aku sedang cuba iaitu kangkung, baby sawi, salad dan juga bunga kobis. Ini adalah pertumbuhan hari kelima sayur-sayuran tersebut..

Read More......

Hydroponik


Penanaman hydroponik semakin popular di Malaysia dan juga di negara-negara yang sedang maju. Di lihat kepada kaedah penanaman hydroponik yang telah di jalankan, ada yang menjalankan secara kecil-kecilan dan juga berskala besar di dalam bidang perniagaan.

Penanaman hydroponik ini telah menarik minat aku untuk mendalami dengan lebih mendalam dalam bidang pertanian ini. Aku telah memulakan dengan set hydroponik yang di beli daripada Kazz Hydroponik. Set ini beharga RM40. Aku akan update pertumbuhan sayur-sayuran yang telah aku buat untuk percubaan dalam penanaman hydroponik ini. Set hydroponik ini aku beli pada 8 Mac 2008.

Read More......